[VIDEO] Syafiq Kyle terima ‘kereta sebenar’, miliki Mercedes-Benz G-Class bukan Lamborghini SVJ

KUALA LUMPUR – Sebulan selepas namanya hangat diperkatakan gara-gara dikaitkan dengan pemilikan sebuah Lamborghini SVJ, aktor popular Syafiq Kyle akhirnya mendedahkan kenderaan sebenar yang menjadi pilihannya sebuah Mercedes-Benz G-Class, atau lebih dikenali sebagai G-Wagon.

Perkembangan itu dikongsi oleh seorang jurujual kenderaan mewah, Fuad Samsudin, yang memuat naik video penghantaran kereta tersebut kepada bintang filem Blood Brothers: Bara Naga itu.

“Selesai penghantaran kereta untuk Syafiq dan Mimi Lana,” tulisnya pada ruangan kapsyen video di TikTok.

@fuad_samsuddin Settle dah delivery utk kereta Syafiq & Mimi. . Ini baru ada gaya. . . Kalau nak cari kereta idaman & nak pakai kereta utk raya boleh roger2 ya. . . ☎️ 019.670.5370 Fuad Samsuddin @dtcmotors @Lynn Rhazali #syafiqkyle #bloodbrothers #mercedesgclass #CapCut ♬ original sound – Fuad Samsuddin

Syafiq, atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, kelihatan jelas gembira dan bersyukur apabila menerima jentera idamannya itu. Kereta berwarna hitam tersebut turut dihias dengan riben merah gergasi, menambahkan lagi rasa istimewa detik penerimaan itu.

Model SUV premium berkenaan terkenal dengan reka bentuk ikonik serta keupayaan lasak luar jalan (off-road), menjadikannya antara pilihan utama selebriti di seluruh dunia.

Berdasarkan semakan harga semasa, Mercedes-Benz G-Class 2025 di Malaysia ditawarkan pada harga bermula RM1.9 juta bagi varian AMG G 63. Sementara itu, model elektrik G 580 Electric pula berada dalam lingkungan RM958,888 hingga RM998,888.

Dalam pada itu, Fuad turut menjelaskan salah faham yang berlaku sebelum ini apabila tular sebuah video Syafiq bersama sebuah Lamborghini SVJ.

“Hari itu pihak yang tidak bertanggungjawab kebetulan ada di showroom semasa Syafiq datang tengok kereta, mereka minta bergambar. Selepas itu buat posting yang mengelirukan. “Memang plan dia dari awal nak cari G-Class, ini baru kereta dia keluar,” jelasnya.

Sebelum ini, video Syafiq berdiri di sebelah sebuah Lamborghini SVJ biru mencetuskan spekulasi bahawa pelakon itu membeli supercar bernilai antara RM2.3 juta hingga RM3.2 juta. Namun, spekulasi itu kini terlerai selepas kenderaan sebenar yang menjadi pilihannya didedahkan.

BACA JUGA:  Pemandu ‘e-hailing’ cedera, penumpang mabuk larikan kereta
Abdullah Siddiq
Abdullah Siddiq
abdullah@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...