Orang ramai boleh semak kelayakan Sara ‘one-off’ bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menyemak kelayakan bagi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) secara ‘one-off’ bermula hari ini melalui portal rasmi sara.gov.my.

Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan pelaksanaan bantuan Sara ‘one-off’ pada tahun 2025 menunjukkan kadar penebusan yang memberangsangkan, iaitu mencecah 96 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.

“Bagi penghargaan Sara ‘one-off’, lebih 21 juta rakyat telah membuat pemeriksaan, dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa mulai 9 Februari ini, Sara Untuk Semua, iaitu bantuan ‘one-off’ RM100, akan dikreditkan terus ke MyKad dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion. Bantuan ini disediakan untuk semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurut Datuk Seri Amir Hamzah, tiada permohonan diperlukan, dan amaun tersebut akan terus dikreditkan ke dalam MyKad dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) di Dewan Rakyat mengenai jumlah peruntukan program Sara melalui sistem MyKasih sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi yang dijana dalam pasaran tempatan.

BACA JUGA:  BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus, ekonomi negara dijangka terus kukuh
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...