22 juta rakyat boleh guna bantuan SARA RM100 mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Seramai 22 juta pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas kini boleh mula menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 secara one-off bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif di bawah Kerajaan MADANI itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Menurut kenyataan itu, menerusi program SARA Untuk Semua, penerima hanya perlu membawa MyKad bagi membuat pembelian barangan keperluan asas yang disenaraikan di bawah skim berkenaan.

“Bantuan ini boleh digunakan di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam program ini,” katanya.

MOF turut memaklumkan, orang ramai boleh menyemak kelayakan serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan berkenaan menerusi laman web rasmi SARA di sara.gov.my.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan mengumumkan pemberian semula bantuan SARA sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang dijadualkan disalurkan pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri sebelum ini berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu rakyat membuat persiapan awal menjelang kedatangan bulan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 pula melibatkan peruntukan sehingga RM500 telah mula dikreditkan kepada penerima layak bermula 20 Januari lalu.

BACA JUGA:  Semua 38 warga UUM terkandas di Hatyai berjaya diselamatkan - Zambry
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...