Tular lagi isu minyak khinzir pada limau mandarin, rupanya ‘voice’ palsu enam tahun lalu

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya limau mandarin yang dijual di Malaysia disapu atau direndam dengan minyak babi kembali tular sempena sambutan Tahun Baharu Cina, namun semakan mendapati ia hanyalah tuduhan lama yang dikitar semula.

Menerusi rujukan di portal semakan fakta MyCheck Malaysia, dakwaan tersebut sebenarnya pernah timbul sekitar enam tahun lalu dan tidak disertakan sebarang bukti sahih.

Di Malaysia, limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan dinikmati masyarakat berbilang kaum. Namun hampir setiap tahun juga timbul pelbagai dakwaan tidak berasas, termasuk kononnya buah itu direndam bahan kimia beracun, berulat dan terbaharu, didakwa dilumur minyak khinzir.

MyCheck Malaysia memaklumkan pihaknya menemui satu video yang mendakwa orang Melayu tertipu kerana memakan limau mandarin yang disapu minyak babi. Video berkenaan menggunakan suara latar seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina yang memberi amaran supaya umat Islam tidak memakan buah tersebut.

“You orang Melayu selalu kena tipu mudah dengan Chinese ha…Ini I cakap sama lu ha.. itu limau mandarin tak bagus ma… itu celup dengan minyak babi, mana boleh makan. Import dari China, semua orang Melayu makan ma. Saya Chinese pon tak makan ma. You pesan sama you punya Islam punya kawan ha…jangan makan lo.. banyak limau bali ada. Mandarin juga you makan pasai apa ma? itu saya punya pesan… Kita satu Malaysia punya ha, mau makan elok punya.. limau mandarin China jangan makan , bahaya,”

Hasil carian mendapati audio berkenaan datang dari video yang pernah dimuat naik di YouTube pada 20 Disember 2019 oleh saluran dikenali sebagai ‘Apiz Channel’. Berdasarkan tarikh tersebut, jelas tuduhan berkenaan bukan isu baharu, sebaliknya kembali tular berkemungkinan kerana musim perayaan dan lambakan limau mandarin di pasaran.

BACA JUGA:  [VIDEO] Lelaki nyaris tercekik skru dalam pulut panggang bazar Ramadan

Bagaimanapun, penelitian terhadap kandungan audio berkenaan mendapati tiada sebarang bukti kukuh dikemukakan bagi menyokong dakwaan bahawa limau mandarin telah disapu minyak khinzir.

Identiti suara lelaki dalam rakaman juga tidak diperkenalkan secara jelas. Tiada gambar, profil atau rujukan sumber disertakan. Malah, kualiti audio yang kurang jelas menyukarkan pendengar memahami keseluruhan mesej yang cuba disampaikan.

Menurut MyCheck Malaysia, sumber yang tidak jelas dan ketiadaan bukti sokongan menyebabkan dakwaan tersebut diklasifikasikan sebagai tidak boleh dipercayai.

Semakan lanjut mendapati visual yang digunakan sebenarnya adalah video lama berkaitan dakwaan limau berulat. Video itu kemudian disunting dengan menambah rakaman suara baharu yang mendakwa limau mandarin di Malaysia disapu minyak khinzir.

Dalam dunia semakan fakta, keadaan ini dikenali sebagai ‘false connection’ atau ‘false context’, iaitu apabila bahan sebenar dikaitkan dengan naratif palsu atau mengelirukan.

MyCheck Malaysia menegaskan bahawa maklumat dalam video tersebut tidak disokong fakta relevan dan dipercayai bermotifkan sensasi semata-mata.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menerima dan berkongsi sebarang kandungan, khususnya dalam bentuk video yang mudah dimanipulasi atau disunting di luar konteks asal.

Masyarakat juga diseru supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang boleh menimbulkan keresahan antara kaum dan agama tanpa usul periksa.

Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...