MCMC siasat individu muat naik kandungan hina kerabat diraja Terengganu

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan berunsur ancaman, hinaan dan jelik melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun X miliknya.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, kandungan berkenaan menyentuh sensitiviti institusi diraja melibatkan elemen 3R (race, religion and royalty) selain mengandungi unsur penghinaan dan ancaman yang berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam serta mengganggu ketenteraman negara.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit telah dipanggil untuk dirakam keterangan di Balai Polis Lanchang semalam. Sebuah telefon bimbit dan kad SIM turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial yang mengandungi unsur ancaman, hasutan kebencian atau penghinaan terhadap institusi diraja.

“Tindakan tegas dan profesional akan diambil tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan kandungan yang menyalahi undang-undang serta boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

BACA JUGA:  JPJ kutip RM6.2 juta hasil saman tertunggak, lanjut tawaran kompaun hingga Disember
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...