Ashwad Ismail Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia baharu

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai pengganti Suhaimi Sulaiman akhirnya terjawab apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang baharu.

Pada masa sama, Fahmi turut mengumumkan pelantikan Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu bagi memperkukuh pengurusan RTM.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Beliau turut menaruh harapan agar kepimpinan baharu ini mampu memacu transformasi dunia penyiaran negara, khususnya dalam mendepani cabaran era digital yang semakin mencabar.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Ashwad sebelum ini merupakan Ketua Pengarang Astro Awani dan mengumumkan pengundurannya selepas menabur bakti selama 19 tahun bersama saluran berita berkenaan.

Pelantikan beliau dilihat sebagai kesinambungan kepada legasi yang ditinggalkan Suhaimi, 64, yang sebelum ini mengesahkan melepaskan jawatan Ketua Pengarah Penyiaran RTM secara sukarela.

Sepanjang kariernya, Suhaimi pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 serta Pengerusi Bernama pada 2020.

BACA JUGA:  Nahas TUDM: Dua juruterbang pesawat Hornet selamat
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...