Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail umum undur diri

KONGSI

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, hari ini mengumumkan keputusan untuk berundur selepas lima tahun memimpin saluran berita tersebut.

Dalam hantaran di laman Instagramnya, Ashwad mengimbas kembali perjalanan Astro AWANI sejak 19 tahun lalu, bermula dari kertas dengan impian dan harapan.

Beliau berkata pelantikan sebagai Ketua Pengarang lima tahun lalu pada usia 36 tahun adalah satu amanah penting daripada Astro Malaysia Holdings Berhad, yang menunjukkan kepercayaan berterusan dalam membangunkan bakat kepimpinan muda tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN