Kamal Adli hormat iddah bekas isteri, akui jaga batas pergaulan

KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli menegaskan dirinya kini memberi keutamaan sepenuhnya kepada anak perempuannya selain berusaha menjaga tingkah laku sejak berpisah dengan bekas isteri, Uqasha Senrose, pada Januari lalu.

Menurut Kamal, dia cuba sedaya upaya memelihara batas pergaulan termasuk ketika berada di lokasi kerja sebagai tanda menghormati tempoh iddah yang sedang dilalui bekas pasangan.

“Dalam tempoh sekarang ini memang perlu jaga semua perkara kan? Walaupun ketika bekerja kan? Walaupun pihak sana dalam iddah.

“Sehabis baik menjaga semua. Buat lawak buat bahagia. Tak cuba mahu rapat-rapat dengan mana-mana perempuan walaupun bukan waktu bekerja,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Tambah pelakon drama Dia Imamku itu, kehidupannya kini lebih tertumpu kepada puteri tunggalnya, Hawra Uqaira, selain tidak berminat melakukan perkara yang tidak memberi manfaat.

“Yang ada cuma anak saja dan bukan mahu menggedik di mana-mana tempat,” ujarnya.

Kamal turut mengakui tempoh selepas perceraian bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, namun dia bersyukur kerana mendapat sokongan orang ramai yang sentiasa memberi kata-kata semangat.

“Pendam ini sakit juga ya. Rakyat, terima kasih sentiasa temankan saya. Allah rahmati semua orang.

“Saya sumpah kalian semua kaya raya dan bahagia. Saya hanya terlalu sayangkan Hawra,” katanya lagi.

Meninjau reaksi warganet, ramai yang memuji sikapnya yang dilihat matang serta menghormati tempoh iddah bekas isteri.

Pada 12 Januari lalu, Kamal dan Uqasha disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga sejak November 2021. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

BACA JUGA:  Polis sambung reman \'CEO Batu\', bantu siasatan kes mesej, gambar unsur seksual remaja 14 tahun
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...