“Andre anak baik…”, reda anak pergi di bulan baik

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon terkenal, Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md. Nazir menerima dengan reda pemergian anak sulung mereka, Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru malam tadi, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

Menurut Khairil, beliau berada di sisi Andre sehingga menghembuskan nafas terakhir bersama isterinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Andre anak yang baik bagi saya dan tidak menyusahkan walaupun sedang sakit. Untuk seharian memang kami tak dapat bercakap dengan dia, seperti ditidurkan walaupun dia sedar, dah tak dapat bercakap sehinggalah nafas terakhir dia.

“Sejak semalam lagi kami sudah dimaklumkan keadaan Andre agak kritikal dan kami memang sentiasa menunggu di sisi sajalah.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan perginya Andre yang soleh ini terlalu mudah bagi saya. Ketika dia hembuskan nafas terakhir, saya ada di sisinya,” katanya ketika ditemui di pekarangan HKL malam tadi.

Tambah Khairil, beliau bersyukur kerana dapat menemani anaknya sepanjang hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga walaupun dirinya sendiri kurang sihat.

“Setahun dia melawan kanser dan saya bersama menemani dia walaupun keadaan saya pun tidak berapa sihat.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dapat membantu menangani penyakitnya.

“Satu hal yang menguatkan saya, perginya anak saya pada bulan Ramadan, alhamdulillah,” ujarnya sebak.

Jenazah Allahyarham Andre akan dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sekitar pukul 10 pagi ini.

Semalam, Amyza memaklumkan Andre menghembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga. Terdahulu, sekitar tahun lalu, Andre, 20, disahkan menghidap penyakit tersebut.

Dalam masa sama, Amyza sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila anak keduanya, Adrian, 18, turut disahkan menghidap kanser tulang.

BACA JUGA:  #InilahKita kembali dengan semangat 'Sehati Bersama' raikan bulan kebangsaan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...