Kerajaan bakal tubuh Education Malaysia di Arab Saudi, selaraskan pendidikan dua hala

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menubuhkan pejabat Education Malaysia (EM) di Arab Saudi sebagai pusat penyelarasan pendidikan antara kedua-dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata cadangan itu dibincangkan ketika pertemuannya bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Osamah Dakhel R Al-Ahmadi, pada Rabu lalu.

Menurut beliau, penubuhan EM bertujuan menyelaras kerjasama pendidikan termasuk program akademik, biasiswa, penghantaran, serta kebajikan pelajar Malaysia dan Arab Saudi.

“EM ini juga membabitkan urusan kebajikan pelajar kita di Arab Saudi dan pelajar mereka di Malaysia. Jadi, kita laksanakan hubungan dua hala. Mereka juga akan membantu menangani sebarang isu berbangkit berkaitan pendidikan. Kedudukan EM ini sangat penting,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen.

Dr Zambry menjelaskan, penyelarasan program pendidikan dua hala melalui EM merangkumi keseluruhan aspek pendidikan antara kedua-dua negara dan tidak terhad kepada pendidikan tinggi sahaja.

Sebelum ini, Malaysia mempunyai Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah, dan ASEAN, namun tiada pusat penyelarasan rasmi di Arab Saudi.

“Apabila kita mempunyai EM di Arab Saudi, ia akan memanfaatkan ribuan pelajar Arab Saudi yang belajar di Malaysia dan begitu juga pelajar kita yang kini menuntut di sana,” jelasnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan cadangan ini, dan Malaysia akan menghantar nota verbal rasmi untuk mengekalkan hubungan pendidikan dua hala yang lebih kukuh.

BACA JUGA:  Tengku Zafrul keluar UMNO, mahu masuk PKR
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...