Solat Siti Nurhaliza sah walau hanya berjubah

KUALA LUMPUR – Tindakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan solat dengan hanya mengenakan jubah tanpa telekung mencetuskan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai kesahihan ibadah tersebut.

Menjawab kekeliruan berkenaan, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menegaskan solat penyanyi nombor satu negara itu adalah sah.

Menurut beliau, syarat sah solat bagi wanita adalah menutup aurat dengan sempurna, manakala pemakaian telekung bukan satu kewajipan dari sudut hukum, sebaliknya lebih kepada adat dan kebiasaan masyarakat.

“Ramai tanya saya adakah solat Datuk Seri Siti ini sah? Jawapan saya, solat beliau sah. Beliau menutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat, ia hanya budaya, bukan rukun atau syarat sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Penjelasan tersebut sekali gus meredakan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang sebelum ini mempertikaikan penampilan penyanyi berkenaan ketika menunaikan solat.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan penyanyi lagu Anta Permana itu menunaikan solat dengan hanya berjubah selepas menghadiri sebuah majlis berbuka puasa, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

BACA JUGA:  Agong terima menghadap Menteri Besar Johor
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...