“Dengar tak bunyi letupan?”, Farah Lee kongsi detik cemas di Syria

KUALA LUMPUR – “Dengar tak (bunyi letupan)? Itulah situasinya sekarang tetapi insya-Allah kami okey sahaja.”

Demikian perkongsian pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang kini berdepan detik cemas selepas terkandas di Syria susulan konflik serangan membabitkan Iran dan Israel.

Menerusi hantaran video di media sosial miliknya, Farah atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli, 37, memaklumkan keadaan di sana agak tegang apabila bunyi letupan bom kedengaran dengan jelas sehingga mengakibatkan gegaran.

“Sebentar tadi ada bunyi bom. Kira-kira 15 minit sebelum itu memang ada bunyi bom yang lebih kuat serta terasa gegarannya.

“Kami sebenarnya mendapat tahu bahawa penerbangan dibatalkan dari Damsyik ke Istanbul. Penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur pun belum tentu lagi bagaimana keadaannya,” katanya.

Menurut Farah, meskipun situasi luar kawalan itu sedang berlaku, dia bersama pasukannya berada dalam keadaan selamat namun terpaksa akur apabila ruang udara di kawasan itu ditutup bagi tujuan keselamatan.

“Kami hanya terkandas kerana ruang udara ditutup. Kami semua okey di sini. Syria setakat ini tidak terjejas, cuma ada gegaran dan bunyi bom.

“Hanya doakan supaya serangan Israel, Iran dan negara yang terbabit ini tidak berlarutan dan kami dapat pulang beraya di Malaysia, insya-Allah,” katanya.

Dalam video berdurasi dua minit 11 saat itu, Farah turut sempat merakam bunyi letupan yang berlaku di latar belakang bagi menggambarkan situasi sebenar yang sedang dihadapinya.

Jelasnya, dia masih buntu mengenai tarikh sebenar mereka dapat pulang ke tanah air memandangkan jadual penerbangan masih tertangguh.

“Farah pun tidak tahu bila dapat pulang ini. Namun, HasbiAllah wa ni’mal wakil (Cukuplah Allah menjadi penolong kami). Doakan supaya serangan ini tidak berlanjutan agar penerbangan kami diteruskan,” katanya. -MYBERITA

BACA JUGA:  Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup sementara susulan situasi keselamatan serantau
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...