Ruang udara bergolak, Zhiddin Aziz antara jemaah Malaysia terkandas

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz antara jemaah Malaysia yang terkandas di Tanah Suci susulan konflik ketegangan antara Israel dan Iran yang menjejaskan ruang udara antarabangsa.

Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz, 23, berkata penerbangan pulang ke tanah air membabitkan rombongannya serta ramai lagi jemaah lain dibatalkan pada saat akhir.

“Tolong doakan kami ya. Penerbangan terpaksa dibatalkan pada saat akhir susulan khabar peperangan yang mula bergegar.

“Semoga kita semua berada di bawah lembayung-Nya,” tulisnya menerusi platform Threads.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut mendoakan keselamatan anak kepada Allahyarham Aziz Desa itu serta jemaah lain yang terkesan dengan situasi berkenaan.

“Harap Zhiddin baik-baik saja. Kita doa situasi kembali reda,” kata seorang pengikutnya.

Semalam, Iran dilaporkan membalas tindakan Israel yang menyerang Tehran dan beberapa bandar lain termasuk Isfahan, Qom, Karaj dan Kermanshah, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di rantau Asia Barat.

Menurut laporan pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak maut manakala 80 lagi cedera apabila roket mengenai sebuah sekolah di selatan Iran.

Gelombang peluru berpandu Iran juga kemudian dilaporkan menuju tapak ketenteraan Amerika Syarikat di beberapa negara Teluk termasuk Qatar, Bahrain, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan sasaran pangkalan udara.

Perkembangan itu menyebabkan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa mengambil langkah keselamatan termasuk menutup atau mengubah laluan penerbangan, sekali gus menjejaskan perjalanan jemaah dari pelbagai negara termasuk Malaysia yang kini masih menunggu perkembangan lanjut. -MYBERITA

BACA JUGA:  Kenaikan harga minyak tidak jejas subsidi RON95 – PM Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...