Jojo syukur ‘terkandas’ di Mekah

KUALA LUMPUR – Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, meluahkan rasa syukur meskipun terkandas di Mekah bersama keluarganya selepas penerbangan pulang ke tanah air dibatalkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo memuat naik video dirinya bersenam dengan latar belakang pemandangan malam sekitar Masjidil Haram.

“Tiada tempat yang lebih baik untuk ‘terkandas’ selain di Mekah, alhamdulillah,” katanya menerusi ruangan komen.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk rakan selebriti.

“‘Terkandas’ dengan seluruh ahli keluarga di Mekah, Allahuakbar. Take care champ.” kata penyanyi dan pelakon, Alif Satar.

“‘Terkandas’ di tempat paling mahal di dunia. Semoga Allah lindungi, amin.” kata seorang lagi pengguna, Jozzlynhannania.

Terdahulu, Jojo dan keluarganya dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.

Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan berkenaan berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan susulan serangan Iran terhadap beberapa lokasi yang dijadikan markas ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...