Pengarah ladang Farm Fresh maut nahas helikopter di Filipina

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah ladang Farm Fresh Bhd, Jacob Mathan, 35, maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Filipina pada pagi Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi, 3 Mac, berhampiran Pililla, Wilayah Rizal, ketika beliau melakukan lawatan rutin ke sebuah tapak ladang berpotensi.

Menurut kenyataan syarikat, helikopter tersebut dipercayai mengalami masalah enjin sebelum terhempas.

Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn Pu, yang turut berada di dalam pesawat itu, mengalami kecederaan namun kini dilaporkan stabil.

Jacob menyertai Farm Fresh 13 tahun lalu sebagai pelajar latihan industri universiti sebelum dilantik sebagai pengarah ladang.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh operasi ladang tenusu syarikat, termasuk membina hubungan strategik dengan kontraktor, pembekal, serta agensi kerajaan seperti Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Dalam surat kepada kakitangan, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Bhd, Loi Tuan Ee, menyifatkan kehilangan Jacob sebagai berita yang sangat memilukan dan menekankan jasa serta peribadi mendiang.

“Jacob menyertai keluarga Farm Fresh sebagai pelajar latihan industri 13 tahun lalu. Beliau menunjukkan tanggungjawab tinggi, cepat belajar, dan seorang insan yang baik hati. Beliau mesra, peramah, dan sentiasa beradab dalam tutur kata serta perbuatan, malah baik hati terhadap lembu-lembu di ladang kami,” tulis beliau.

Beliau menambah, Jacob berjaya meniti tangga kerjaya sehingga dilantik sebagai pengarah ladang dan membina hubungan kukuh dengan pasukan, kontraktor, pembekal dan agensi kerajaan.

“Kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar kepada keluarga Farm Fresh, dan hati kami turut hancur bersama keluarganya. Walaupun kita berduka, kepimpinan yang dibangunkan Jacob di bahagian ladang akan terus memacu kejayaan syarikat,” katanya.

Loi Tuan Ee turut menegaskan bahawa legasi dan dedikasi Jacob akan terus menjadi inspirasi kepada semua kakitangan syarikat.

BACA JUGA:  Umar Osman nekad tumbangkan rekod 400m di Tokyo

Farm Fresh berikrar untuk mengekalkan standard kecemerlangan yang dibangunkan beliau dan memastikan nama Jacob kekal dihormati dalam setiap operasi ladang. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...