Wanita ‘live’ makan minum ketika Ramadan mohon maaf secara terbuka

SEREMBAN – Wanita yang sebelum ini ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selepas dikesan membuat siaran langsung sambil makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam.

“Semasa siaran langsung itu, saya memang tidak ada niat untuk mencaci, menghina, mempersendakan atau memperlekehkan ajaran agama Islam.

“Tujuan saya semasa membuat siaran langsung itu hanya untuk bersantai sahaja, tiada niat untuk berkasar atau menyakiti hati netizen,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui perbuatannya makan dan minum ketika siaran langsung itu sebagai tindakan yang tidak beradab serta memahami bahawa perbuatannya telah menyinggung perasaan ramai umat Islam.

Menurutnya, kejadian tersebut akan dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Dengan rendah diri, saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Sembilan dan umat Islam.

“Saya harap semua rakyat Malaysia dan netizen umat Islam memaafkan saya atas kelakuan saya yang tidak beradab semasa siaran langsung itu,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video memaparkan wanita terbabit secara terbuka memaklumkan kepada netizen bahawa dia berbangga tidak berpuasa apabila ditegur warganet kerana tidak menjaga sensitiviti pada bulan Ramadan.

Tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan JHEAINS di kediamannya di Kuala Pilah sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan jabatan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam. -MYBERITA

BACA JUGA:  Dua wanita Malaysia ‘join’ Running Man, bantu selesaikan misi secara spontan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...