Jemaah umrah terkandas di Jeddah, lelaki nafi dakwaan tiada penginapan dan makanan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tampil menjelaskan situasi sebenar melibatkan dakwaan sekumpulan jemaah umrah Malaysia yang dikatakan terkandas di Jeddah tanpa bantuan penginapan dan makanan susulan penutupan ruang udara akibat konflik di Timur Tengah.

Penjelasan itu dibuat selepas tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang mendakwa dirinya bersama nenek dan 27 jemaah umrah lain terkandas di Jeddah dan tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Katanya, wanita yang membuat dakwaan tersebut sebenarnya datang menggunakan agensi umrah yang sama dengan kumpulannya.

“Setahu saya, hari pertama dan kedua pihak agensi menanggung hotel serta makan minum. Hari ketiga mereka dipindahkan ke hotel lain dan diambil alih oleh Emirates yang menyediakan penginapan hotel lima bintang,” katanya menerusi satu video di media sosial.

Menurutnya, dakwaan bahawa jemaah berkenaan terpaksa berada di tepi jalan dan meminta bantuan adalah tidak benar.

“Tiket penerbangan pulang wanita tersebut juga telah disahkan dengan jadual penerbangan pada 5 Mac kira-kira pukul 4.15 pagi waktu Jeddah,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang didakwa memadam beberapa komen penjelasan yang dibuat olehnya di platform TikTok.

Beliau berharap penjelasan tersebut dapat memperbetulkan salah faham yang timbul berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, tular perkongsian seorang wanita yang mendakwa mereka sepatutnya pulang ke tanah air pada 1 Mac menaiki penerbangan Emirates, namun penerbangan ditunda menyebabkan mereka terkandas.

Malah, wanita itu turut mendakwa syarikat penerbangan hanya memberikan tiket pulang tanpa menanggung penginapan dan makanan sepanjang tempoh mereka berada di sana. -MYBERITA

BACA JUGA:  Naim Daniel tiba di mahkamah, didakwa hadapi tuduhan kes seksual melibatkan remaja perempuan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...