Wanita Indonesia rayu kerajaan, mohon BUDI95

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila seorang wanita warga Indonesia merayu kepada Kerajaan Malaysia agar membenarkan isteri kepada warganegara Malaysia menggunakan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut dilihat menangis sambil menyuarakan permohonan agar visa pasangan atau spouse visa turut diiktiraf bagi menikmati harga subsidi bahan api seperti rakyat tempatan.

“Salam kerajaan Malaysia, tolonglah kasihan kami. Kami isteri kepada warganegara Malaysia, kami legal dan ada visa spouse, tapi tetap dicaj RM4.20,” katanya.

Menurutnya, perbezaan harga yang ketara antara rakyat Malaysia dan bukan warganegara membebankan mereka yang turut bekerja dan menggunakan kenderaan setiap hari untuk urusan harian serta mencari rezeki.

“Kenapa bezanya begitu tinggi. Kami juga perlu tanggung kos minyak untuk bekerja. Tolonglah kerajaan, jangan susahkan perkara yang mudah,” katanya.

Perkongsian tersebut pantas tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya di platform Threads.

Rata-rata netizen mempersoalkan permintaan tersebut dengan menegaskan bahawa subsidi RON95 hanya dikhaskan kepada warganegara Malaysia.

Sebahagian pengguna turut menyokong pelaksanaan subsidi bersasar yang disifatkan lebih adil kepada rakyat tempatan yang membayar cukai.

“Mungkin sebelum ini ramai bukan warganegara turut menikmati subsidi. Sekarang barulah lebih adil kepada rakyat,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang meluahkan rasa lega dengan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi kerana tidak lagi menanggung kos tambahan bagi golongan bukan warganegara. -MYBERITA

BACA JUGA:  Tayangan Perdana Qodrat 2
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...