Wanita disyaki kendali van sekolah haram, bawa 16 pelajar ditahan JPJ

KULIM – Tindakan seorang wanita dipercayai menjalankan perkhidmatan van sekolah secara haram terbongkar selepas kenderaan dipandunya ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lebuhraya Perdana, kelmarin.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, van berkenaan ditahan kira-kira jam 2.40 petang oleh JPJ Cawangan Kulim selepas dikesan membawa 16 pelajar sekolah walaupun didaftarkan sebagai kenderaan persendirian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut turut melakukan beberapa kesalahan serius termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans yang sah.

“Lebih mengejutkan, kenderaan ini disalahgunakan sebagai van sekolah tanpa sebarang kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, van berkenaan juga didapati membawa penumpang melebihi had dibenarkan iaitu hanya 12 orang, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pelajar.

“Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menambah bahaya kepada penumpang,” katanya.

Susulan itu, JPJ telah menyita kenderaan terbabit dan membawanya ke depoh untuk siasatan lanjut, manakala pemandu wanita berusia 42 tahun itu dilepaskan selepas proses saman dan penyitaan selesai di JPJ Kulim.

Stien berkata, perkhidmatan berkenaan dipercayai telah dijalankan sejak awal tahun ini tanpa kebenaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23, Seksyen 23(2) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 90A dan 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959 atas pelbagai kesalahan termasuk salah guna LKM, tiada insurans, membawa penumpang berlebihan dan kegagalan menyelenggara kenderaan.

JPJ dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kenderaan persendirian untuk tujuan komersial tanpa kelulusan serta memastikan semua dokumen seperti LKM dan insurans sentiasa sah.

“Ibu bapa juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih perkhidmatan van sekolah demi keselamatan anak-anak kerana nyawa tidak boleh diganti,” katanya.

BACA JUGA:  Kesalahan langgar lampu isyarat catat rekod tertinggi semasa operasi Aidiladha - JPJ Negeri Sembilan
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...