Pelanggan FWD menang Proton e.Mas Prime 5, kempen ganjaran berterusan hingga hujung tahun

KUALA LUMPUR – Tuah nyata memihak kepada Purani A/p Verasamy apabila beliau diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kempen FWD Insurance Year End Giveaway selepas membawa pulang sebuah kereta Proton e.Mas Prime 5.

Majlis penyampaian hadiah itu berlangsung di ibu pejabat FWD Malaysia dan disempurnakan oleh barisan pengurusan tertinggi syarikat termasuk Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance.

Kempen berkenaan bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan kepada pelanggan, malah turut menjadi penghargaan kepada sokongan berterusan pelanggan FWD sepanjang tahun lalu. Seramai lapan pemenang diraikan menerusi kempen tersebut dengan pelbagai hadiah menarik termasuk iPhone 17 Pro Max, barangan elektronik serta hadiah utama berupa sebuah Proton e.Mas Prime 5.

Dalam masa sama, FWD Malaysia turut meraikan pemenang suku pertama Kempen Non-stop Rewards yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2026. Antara penerima hadiah wang tunai RM10,000 ialah Mohamad Hafiz bin Azis dan Nurul Adawiyah binti Jaafar masing-masing bagi bulan Januari dan Februari.

Menurut FWD Malaysia, kempen itu terbuka kepada semua pelanggan FWD sama ada pelanggan baharu mahupun sedia ada menerusi semua saluran pengedaran syarikat.

Selain hadiah wang tunai, pelanggan juga berpeluang memenangi kredit eWallet Touch ‘n Go menerusi penyertaan dalam kempen berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan syarat penyertaan boleh didapati menerusi laman web rasmi FWD Malaysia.

BACA JUGA:  "Ramai saksi dekat hospital," Nubhan nafi dakwaan mengejut bekas isteri
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...