Selasa, 30 Jun 2026
spot_img
HomeHiburanHussain sah jadi peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

Hussain sah jadi peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

SHAH ALAM – Teka-teki mengenai identiti bintang daripada Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang bakal menyertai pentas Big Stage X Rocketfuel akhirnya terjawab apabila Hussain diumumkan sebagai peserta kesebelas program realiti nyanyian itu pada konsert minggu pertama, malam ini.

Pengumuman berkenaan dibuat secara langsung oleh gandingan pengacara, Nabil Ahmad dan Azeva, sejurus Hussain selesai mempersembahkan lagu Lelaki Ini, nyanyian asal Anuar Zain.

Kehadiran Hussain nyata mencetuskan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi auditorium, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai wakil TTMM2 yang bakal bersaing dalam edisi kali ini.

“Hussain merupakan peserta kesebelas Big Stage X Rocketfuel!”

Dengan pengumuman itu, Hussain kini akan berentap bersama 10 peserta lain iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie bagi merebut gelaran juara.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai keseluruhan sehingga RM200,000.

Hadiah berkenaan merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional sebagai persediaan mengembangkan nama dalam industri muzik tanah air.

Program itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, manakala Big Stage X Rocketfuel bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine