Farid Kamil, Diana Danielle sah cerai kali kedua

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Lafaz cerai itu dilakukan Farid, 43, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, sekali gus menandakan berakhirnya ikatan perkahwinan yang telah bertahan selama 12 tahun.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka dan tenang selepas prosiding berakhir.

\”Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,\” katanya kepada media.

Sementara itu, Diana, 34, turut melahirkan rasa lega dan menyatakan bahawa tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

\”Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik. Paling penting, untuk kebaikan mereka,\” katanya.

Terdahulu, Farid pernah menyatakan bahawa dia tidak lagi akan memujuk Diana selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu.

Untuk rekod, pasangan ini pernah bercerai buat kali pertama pada 10 Ogos tahun lalu, namun kembali rujuk selepas 21 hari. Bagaimanapun, Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

BACA JUGA:  Filem 'Angkat' sentuh isu sensitif, Syazani Zikry sedia hadap kritikan penonton
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...