ASEAN akan berunding isu tarif bersama Trump

KUALA LUMPUR – Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, telah menggesa agar isu tarif dimasukkan dalam agenda Sidang Kemuncak Khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Permintaan itu dibuat menerusi Kementerian Luar bagi memastikan isu perdagangan yang semakin mendesak dapat ditangani secara diplomatik.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata semua pemimpin ASEAN telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut dan kini hanya menantikan maklum balas rasmi daripada pihak AS mengenai tarikh dan masa pelaksanaan pertemuan itu bersama Presiden Donald Trump.

“Saya difahamkan daripada sekretariat ASEAN, kami kini sedang menunggu pihak AS untuk memberi maklum balas mengenai masa yang sesuai,” katanya dalam satu temu bual bersama CNBC pagi ini.

Menurut beliau, ASEAN tidak menyokong sebarang tindakan tarif balas dan berpegang kepada pendekatan keterlibatan secara konstruktif bersama Washington.

Bagi Malaysia sendiri, pendekatan dua hala dan pelbagai hala terus menjadi keutamaan dalam menangani cabaran perdagangan global.

“Kami percaya bahawa sistem perdagangan berasaskan peraturan perlu dikekalkan. Malaysia juga sedang berunding secara aktif melalui pegawai di Washington serta melalui kementerian dan kedutaan,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, Malaysia menyambut baik sebarang langkah penangguhan tarif oleh AS kerana ia memberi ruang untuk rundingan serta penyelesaian yang lebih baik di meja perbincangan.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) secara maya pada Khamis lalu, para menteri menegaskan komitmen untuk melindungi kepentingan ekonomi rantau ini dan mengekalkan hubungan perdagangan yang kukuh dan saling menguntungkan dengan AS.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tengku Zafrul sendiri dan turut menekankan kesediaan ASEAN untuk bekerjasama dengan AS di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-AS (TIFA) serta Pelan Kerja Kerjasama Ekonomi Diperluas (E3).

BACA JUGA:  Remaja bogel ketika \'joging\' sah alami gangguan mental

Antara fokus utama kerjasama ialah memudah cara perdagangan dan pelaburan dua hala, memperkukuh rantaian bekalan serantau menerusi teknologi digital dan inovasi serta mempereratkan kesalinghubungan ekonomi.

“ASEAN yakin kerangka kerjasama ekonomi ASEAN-AS yang teguh dan berpandangan jauh akan menyumbang kepada kemakmuran rakyat dan kestabilan ekonomi global secara keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...