Ketua balai polis disyaki positif dadah kena tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR – Seorang ketua balai polis yang ditahan selepas disyaki mengambil dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu, bakal dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pegawai berusia 43 tahun itu bertugas di sebuah balai polis bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan telah menerima arahan pertukaran serta-merta ke IPK Pulau Pinang.

“Seramai 17 orang ditahan dalam operasi tersebut dan salah seorang daripadanya adalah pegawai polis terbabit yang didapati positif dadah.

\”Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada kompromi terhadap sebarang salah laku jenayah yang melibatkan pegawai atau anggota polis tanpa mengira pangkat.

“Tindakan tatatertib akan diambil kerana ujian air kencing yang positif dadah merupakan satu kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Rusdi memaklumkan pertukaran pegawai tersebut telah dikeluarkan pada hari sama beliau ditahan, namun hanya diumumkan kemudian.

Beliau turut mengingatkan semua anggota polis bahawa kehadiran di pusat hiburan hanya dibenarkan atas urusan kerja dan perlu mendapat kebenaran rasmi daripada ketua masing-masing.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan seorang ketua balai polis selepas didakwa berhibur dan mengambil minuman yang dipercayai mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan.

Penahanan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar jam 5.05 petang hasil pemeriksaan mengejut susulan aduan orang awam.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif pelbagai jenis dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

BACA JUGA:  My Save Food@PUO beri manfaat besar, kurangkan pembaziran makanan
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...