Klinik tawar khidmat doktor warga asing diserbu JIM

PUTRAJAYA – Taktik licik sebuah klinik yang menggunakan khidmat seorang lelaki warga Pakistan sebagai ‘doktor’ tidak bertauliah untuk merawat pesakit warga asing dengan harga murah akhirnya terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 19 Mei lalu.

Serbuan yang dilakukan di dua lokasi sekitar Selangor dan satu di ibu negara berjaya menahan lelaki Pakistan dikenali sebagai ‘Dr. Maleeq’ yang disyaki menjadi tulang belakang kepada operasi haram klinik terbabit.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, klinik itu dipercayai beroperasi sejak setahun lalu dan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, terutama pada waktu malam, kepada warga asing pada kadar RM90 seorang.

“Bayaran perkhidmatan dilakukan secara dalam talian dan dipercayai menarik perhatian warga asing kerana kadar yang lebih murah berbanding klinik bertauliah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil serbuan turut menyaksikan penahanan enam individu termasuk tiga wanita warga Myanmar yang bertindak sebagai pembantu klinik, seorang wanita Pakistan dan seorang wanita warga India.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 57 tahun.

Siasatan awal mendapati ‘Dr. Maleeq’ telah tinggal lebih masa di negara ini manakala seorang wanita Myanmar dikesan menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Seorang lagi wanita Myanmar pula hanya memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen sah.

Zakaria berkata, semua warga asing itu ditahan di Depot Tahanan Imigresen KLIA bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina turut dikenakan notis hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.

Jabatan Imigresen tegas Zakaria, akan terus menjalankan operasi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan pas lawatan dan terlibat dalam aktiviti haram yang menggugat kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.

BACA JUGA:  Lelaki cabul budak 7 tahun direman
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...