Naim Daniel enggan ulas panjang, serah pada mahkamah bersihkan nama

PUTRAJAYA — Penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel enggan mengulas panjang berhubung pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bagi mengelak mengganggu proses perbicaraan yang sedang berjalan.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, bagaimanapun menegaskan komitmennya untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha membersihkan namanya.

“Saya di sini baru saja didakwa untuk satu pertuduhan berat. Saya faham semua ada persoalan dan banyak tanda tanya yang mengejutkan sesetengah pihak.

“Buat masa sekarang saya belum bercadang untuk mengulas panjang oleh kerana kita masih di peringkat awal. Saya tak ingin ada campur aduk yang boleh mengganggu perbicaraan nanti.

“Setakat ini, saya serahkan kepada sistem pengadilan. Saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi bersihkan nama. Harap dapat doa dari semua,” katanya ringkas kepada MYBERITA di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengulas mengenai jadual seninya, penyanyi lagu Sumpah itu berkata perbincangan masih berlangsung bersama pihak pengurusannya, XO House.

“Persembahan masih dalam perbincangan dengan pihak pengurus. Setakat ini, saya hanya mahu laksanakan apa yang ada di depan,” ujarnya.

Terdahulu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam satu prosiding tertutup.

Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor pada 19 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

BACA JUGA:  Tahniah Sherry, Nazim Othman

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Ogos depan.

Sebelum ini, selebriti berkenaan ditahan pada 3 Jun lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...