Anwar selamat tiba di Paris, sedia perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Paris hari ini bagi memulakan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron.

Menerusi satu ciapan di laman X, Anwar memaklumkan beliau bersama delegasi Malaysia telah tiba dengan selamat di ibu kota Perancis dan bersedia memulakan rangka lawatan yang padat demi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

\”Bonjour Paris!, Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron,\” tulis beliau.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan empat mata bersama Presiden Macron dijadual berlangsung esok di Istana Élysée.

Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Perancis, selain meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat.

Anwar turut dijadual menyertai Sesi Meja Bulat bersama tokoh industri utama Perancis untuk membincangkan peluang pelaburan dan perdagangan, selain menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne – salah satu institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

\”Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Perancis, demi manfaat bersama dan kemajuan serantau serta global,\” kata Anwar dalam ciapannya.

Lawatan rasmi ini dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan diplomatik serta ekonomi antara Kuala Lumpur dan Paris, dengan tumpuan terhadap pembangunan mampan, inovasi teknologi dan kolaborasi dalam bidang pendidikan tinggi.

BACA JUGA:  Anwar akan ke Itali, Perancis dan Brazil perkukuh diplomasi
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...