Operator kilang sarung tangan maut, mesin pengering meletup

SEPANG – Seorang operator warga asing maut dalam satu kejadian letupan membabitkan mesin pengering di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kawasan Perindustrian Tanjung, di sini, pada Sabtu lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor memaklumkan, kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 2.56 petang ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja membasuh dan mengeringkan produk sarung tangan.

Menurut JKKP, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa sedang memindahkan produk sarung tangan dari mesin pembasuh ke mesin pengering. Mangsa kemudian kembali ke mesin pengering untuk memeriksa keadaannya sebelum menekan butang mula (“start button”).

“Ketika mangsa memegang dinding pintu mesin menggunakan tangannya dan menekan butang mula, berlaku satu letupan yang menyebabkan pintu mesin terkena mangsa sehingga dia terpelanting,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan insiden itu berlaku sejurus selepas butang mula ditekan. Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta berhampiran.

Ekoran kejadian tersebut, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu kepada pihak majikan untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti kerja di kilang terbabit bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan individu atau pihak yang bertanggungjawab. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelas kenyataan itu lagi.

JKKP menegaskan bahawa majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja semasa bekerja, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

BACA JUGA:  Budak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...