Dua kanak-kanak dijumpai lemas terjatuh parit

SHAH ALAM – Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.19 petang sebelum enam anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua mangsa yang ketika itu tidak sedarkan diri.

“Namun, pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah beliau, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 8.08 malam dan mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memantau anak-anak dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi terutama semasa cuaca tidak menentu.

BACA JUGA:  Cuaca cecah 40 darjah Celsius, selipar kecut akibat panas melampau
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...