“Kita boleh pergi jauh”, Cheng Wei percaya potensi Dukes

SHAH ALAM – Minat mendalam terhadap muzik sejak kecil menjadi titik tolak penglibatan Hock Cheng Wei, 22, sebagai pemain dram bagi kumpulan muzik indie, Dukes.

Cheng Wei yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir dalam jurusan Perniagaan di Taylor’s University, membuktikan bahawa kecintaan terhadap muzik mampu berjalan seiring dengan komitmen akademik.

Menurutnya, dorongan ibunya yang mengusahakan sebuah kedai muzik dan seni telah mencetuskan minatnya terhadap dunia muzik sejak usia muda.

“Saya mula belajar piano, gitar dan dram sejak kecil. Ibu saya memang galakkan saya main alat muzik. Sekarang, saya dah sampai tahap gred 5 untuk piano dan gitar, serta gred 4 untuk dram,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Minat terhadap kumpulan Dukes pula tercetus secara tidak langsung apabila dia diperkenalkan oleh rakan sekolah lamanya, Ziyad, yang juga terlibat dalam penganjuran gig persembahan band berkenaan.

“Saya memang suka muzik yang mereka main. Kemudian saya dengar dari Ziyad yang dram mereka ada masalah sebab tak dapat hadir latihan. Jadi saya cuba audition masa sesi practice, dan akhirnya mereka terima saya untuk main dengan Dukes,” ujarnya.

Kini, Cheng Wei bukan sahaja menjadi penggerak ritma utama dalam kumpulan tersebut, malah turut mencipta lagu sendiri yang bakal dimuatkan dalam album terbaharu Dukes.

“Saya ada satu lagu yang saya compose sendiri. Harap orang akan terima dan suka lagu-lagu kami. Sebab muzik ni subjektif, semua orang ada citarasa masing-masing,” katanya sambil tersenyum.

Menjadikan The Beatles, Nirvana, Green Day dan Led Zeppelin sebagai sumber inspirasi, anak muda ini berhasrat untuk membawa muzik Dukes ke peringkat lebih tinggi dan melangkaui sempadan masa.

BACA JUGA:  ‘Saya memang kayu, kali pertama menari’, Araff dedah cabaran bawa lagu Inggeris

“Kita boleh pergi jauh,” katanya penuh yakin.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...