Penuntut IPTS didakwa tikam leher bekas kekasih, mengaku tak salah

SHAH ALAM – Seorang penuntut universiti swasta yang juga penghidap bipolar disorder mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam leher bekas kekasihnya sehingga cedera parah dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh, You Wei, 22, yang merupakan warga China membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Mengikut pertuduhan, You Wei didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Wu Jalin, 20, dengan menikam leher wanita itu menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat dua sebuah universiti swasta di Subang Jaya kira-kira jam 6.30 petang, 14 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal tidak mencadangkan sebarang jaminan sementara menunggu semakan status imigresen kerana dikhuatiri tertuduh mungkin melarikan diri walaupun pasportnya masih sah hingga 31 Oktober 2026.

Bagaimanapun, peguam Revin Kumar yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan dengan syarat tambahan. Katanya, anak guamnya merupakan penuntut tahun tiga dan hanya berbaki setahun untuk menamatkan pengajian di universiti berkenaan.

“Anak guam saya juga sedang menerima rawatan bipolar disorder di sebuah klinik swasta dan telah direman sejak ditahan pada 14 Julai. Dia telah berada di negara ini sejak September 2023 dan berjanji untuk terus berada di Malaysia sepanjang perbicaraan,” katanya.

Turut hadir dalam prosiding sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa ialah Muhamad Saifullah Muhamad Azmi, Chew Sin Yee, Mohd Safwan Saleh dan M. Partiben.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin serta menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Lelaki bunuh rakan kerana bilik sepah

Pasport milik tertuduh turut diserahkan kepada mahkamah dan dia dilarang mengganggu mangsa serta mana-mana saksi pendakwaan.

Kes disebut semula pada 17 September depan.

Terdahulu, media melaporkan seorang penuntut wanita cedera parah selepas dipercayai dikelar oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di sebuah kampus universiti swasta di Subang Jaya.

Mangsa yang berusia 20 tahun difahamkan diserang dengan senjata tajam oleh suspek yang juga merupakan pelajar institusi pengajian tinggi sama.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...