Rabu | 28/10/2026 | 11:14 pm
HomeDuniaMalaysia, Turkiye sepakat perjuang keamanan Palestin

Malaysia, Turkiye sepakat perjuang keamanan Palestin

-

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Turkiye terus memperkukuh hubungan erat dua hala dengan berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat, khususnya di bumi Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara sehaluan dalam memperkukuhkan solidariti umat melalui pendekatan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman.

“Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan bagi bertukar pandangan dan membincangkan perkembangan semasa yang berkepentingan bersama kedua-dua negara.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada Erdoğan atas pendirian tegas dan konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin, selain menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.

“Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin,” katanya.

Must Read

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

0
IPOH - Selepas hampir tiga tahun menanti keputusan mahkamah, keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akhirnya menyaksikan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun itu.