Fad Bocey kembali ke konti, kini penyampai baharu Suria FM gantikan Fizz, Suraya

KUALA LUMPUR – Selepas hampir dua tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, pelawak dan pelakon popular, Fad Bocey membuat kemunculan semula apabila diumumkan sebagai penyampai baharu stesen radio Suria FM.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd. Nizam, 34, kembali ke udara menerusi segmen Morning-Morning Suria (MMS) bergandingan bersama sahabat lamanya, Ajak, menggantikan posisi dua penyampai terdahulu, Datuk Fizz Fairuz dan Suraya Borhan.

“Pertama sekali saya bersyukur setelah lama berehat hampir dua tahun dan kini saya kembali di kerusi Suria FM setiap pagi Isnin hingga Jumaat.

“Tiada niat lain hanya ingin mencari rezeki dan lagi satu bila saya tahu digandingkan dengan sahabat saya Ajak yang pernah sepentas dulu, perasaan teruja sangat luar biasa sebab saya selesa dengan dia,” kata Fad.

Menurut kenyataan rasmi Suria FM, Fad memulakan tugas secara rasmi hari ini, dan pihak pengurusan yakin gandingan Fad dan Ajak bakal membawa kombinasi tenaga dan hiburan yang segar serta menarik kepada pendengar setia MMS.

Dalam perkembangan lain, Suria FM turut mengumumkan pertukaran semula penyampai Kai Hassan ke segmen Suria Petang bersama Chiwan, yang bersiaran dari pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Untuk rekod, Fad sebelum ini pernah berkhidmat di Hot FM sebagai penyampai segmen Hot Squad Bersama Fizi Ali sebelum mengundur diri selepas hampir dua tahun. Beliau juga pernah muncul sebagai penyampai jemputan di Suria FM pada tahun 2023.

Terdahulu, Fizz Fairuz mengumumkan pengundurannya daripada konti Suria FM pada Julai lalu selepas setahun setengah bersiaran, bagi memberi lebih tumpuan kepada anak-anak dan keluarganya. Keputusan itu dibuat selepas melihat isterinya, Almy Nadia terpaksa menguruskan anak-anak bersendirian setiap pagi.

BACA JUGA:  Wanita Indonesia rayu kerajaan, mohon BUDI95

Tidak lama selepas itu, Suraya Borhan turut mengumumkan pengunduran dirinya selepas sembilan tahun mencurah bakti bersama stesen radio tersebut.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...