Anak Rafizi diserang dua lelaki berpakaian hitam

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa anak lelakinya berusia 12 tahun diserang dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu ini.

Dalam kenyataan di Facebook, Rafizi berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari ketika anaknya bersama isteri sedang menuju ke kereta untuk pulang.

“Seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan secara tiba-tiba,” dakwanya sambil menambah siasatan awal menunjukkan suspek menunggang motosikal dan mengekori kereta isterinya sebelum serangan.

Beliau mendakwa kedua-dua suspek menutup muka sepenuhnya dan dipercayai sudah menunggu lebih awal sebelum bertindak pada masa yang sesuai.

Menurutnya, anaknya dibawa ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan dan polis turut hadir di lokasi sejurus selepas kejadian.

Rafizi berkata keluarganya telah memberikan keterangan kepada pihak polis dan menegaskan sebarang maklumat lanjut berkaitan hasil siasatan atau pemeriksaan perubatan akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

“Sepanjang menjadi ahli politik, ini kali pertama keluarga saya menjadi sasaran. Saya percaya ia amaran supaya saya tidak bersuara lantang. Namun saya tidak akan tunduk kepada ugutan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut memaklumkan akan mendapatkan penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan serangan tersebut.

BACA JUGA:  \"Kami bayar mahal, tapi kena halau sebab...\", penyanyi ‘sound’ panggung wayang di Putrajaya
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...