Bedah siasat sahkan Zara Qairina alami kecederaan otak teruk akibat jatuh

KUALA LUMPUR – Hasil bedah siasat ke atas Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan punca kematiannya adalah kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak, yang konsisten dengan insiden jatuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, prosedur bedah siasat pada 10 Ogos lalu disertai tiga doktor, seorang dari Hospital Serdang dan dua dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Hasil dapatan ini adalah selari dengan diagnosis awal dan menunjukkan ia berpunca daripada kecederaan akibat jatuh,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Mengulas isu pegawai penyiasat yang tidak memohon bedah siasat pada peringkat awal, beliau menegaskan prosedur itu adalah asas siasatan jika kematian menimbulkan keraguan, walaupun terdapat permintaan keluarga untuk tidak melakukannya.

“Undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon bedah siasat sekiranya terdapat syak wasangka terhadap punca kematian. Pegawai penyiasat perlu menasihati keluarga dan memastikan ia dijalankan bagi menentukan punca sebenar,” jelasnya.

Beliau menambah, semua dapatan telah dimaklumkan secara telus kepada keluarga, dan bedah siasat sepatutnya dilakukan segera selepas kematian bagi mengelakkan bukti forensik terjejas.

BACA JUGA:  “Kalau aku touch kau, berdarah kau ni”, Kak M keluarkan ugutan terhadap Zara Qairina
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...