Wanita mengamuk pegang dua pisau, rosakkan kereta di Kulim

Wanita mengamuk pegang dua pisau, rosakkan kereta di Kulim
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun terbabit dipercayai merosakkan beberapa kenderaan sebelum memasuki sebuah restoran di kawasan berkenaan. Foto Janaan AI
KONGSI

KULIM – Suasana malam di kawasan Taman Kemuning di sini bertukar cemas apabila seorang wanita dipercayai mengalami masalah kesihatan mental mengamuk sambil menggenggam pisau pemotong sayur di kedua-dua tangannya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun terbabit dipercayai merosakkan beberapa kenderaan sebelum memasuki sebuah restoran di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja kilang yang mendakwa keretanya dirosakkan ketika dia berada di sebuah kedai burger.

ARTIKEL BERKAITAN