Peguam ibu Zara Qairina mohon AGC tangguh pertuduhan buli, rayu dakwaan lebih berat

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili ibu kepada mangsa buli, Zara Qairina, hari ini memohon agar Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pendakwaan terhadap lima remaja perempuan yang dijadualkan esok, bagi membolehkan pertuduhan yang lebih tepat dan berat dipertimbangkan.

Dalam satu kenyataan media bersama, barisan peguam yang diketuai Hamid Ismail menegaskan pihaknya khuatir sekiranya pertuduhan diteruskan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, ia mungkin menyukarkan tindakan undang-undang lebih tegas diambil pada masa akan datang sekiranya wujud bukti baharu.

“Kami memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan supaya semua remaja terbabit dituduh di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan. Jika keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk sabitan, siasatan lanjut harus diteruskan dan pendakwaan ditangguh buat sementara,” kata kenyataan itu.

Menurut mereka lagi, sekiranya hasil siasatan kemudian menunjukkan bukti lebih kukuh, pihak tertuduh wajar didakwa di bawah kesalahan yang lebih berat.

Peguam turut menyuarakan kebimbangan bahawa jika pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) diteruskan dan tertuduh mengaku bersalah, mereka tidak lagi boleh didakwa bagi kesalahan lebih serius kerana halangan prinsip double jeopardy yang termaktub di bawah Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami sudah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara pagi ini menerusi emel bagi memohon pertimbangan segera,” kata kenyataan yang turut ditandatangani oleh Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Lugman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Kes buli melibatkan Zara Qairina sebelum ini mendapat perhatian luas masyarakat selepas insiden tersebut tular di media sosial, dengan orang ramai mendesak hukuman tegas dikenakan terhadap pelaku.

BACA JUGA:  Alif Satar cedera diterjah pemain kebangsaan, ligamen koyak bunyi ‘crack!’
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...