Aksi pemandu Honda City tukar lorong tanpa ‘signal’ di DUKE dikecam

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda City yang memandu secara melulu dengan menukar lorong tanpa memberikan isyarat dikecam orang ramai selepas rakaman perbuatannya tular di media sosial, semalam.

Dalam kejadian di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (DUKE), kelmarin, rakaman berdurasi 1 minit 40 saat oleh seorang penunggang motosikal memaparkan kereta berwarna hitam itu berulang kali menukar lorong secara mendadak dari kiri ke tengah, kemudian ke kanan, sebelum kembali ke kiri tanpa memberi isyarat.

Lebih membahayakan, tindakan pemandu terbabit turut memaksa beberapa kenderaan lain membrek secara mengejut bagi mengelakkan pelanggaran.

Video tersebut dikongsi pengguna Instagram @syazwanvlog yang turut memaklumkan beliau telah membuat laporan kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tak nak cakap banyak, aku dah lapor dekat aplikasi JPJ. Risau orang lain yang kena nanti. Lagi pedih kalau sedara mara kita yang kena,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan kesal terhadap sikap pemandu terbabit.

“Dia tukar lorong suka hati tanpa signal, memang bahaya betul. Nasib baik tak ada yang berlanggar,” kata seorang pengguna, Nuraliah.

“Signal tak bagi, suka-suka tukar lorong kiri, kanan, tengah. Ingat jalan dia ke apa,” perli Nesh.

Sementara itu, pengguna lain dengan nama @eric_chinghan menggesa pihak JPJ mengambil tindakan segera.

“Tuan JPJ, tolong semak kereta ini, gantung lesen dia,” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JPJ berhubung laporan tersebut, namun orang ramai berharap tindakan tegas dapat dikenakan demi keselamatan pengguna jalan raya lain.

BACA JUGA:  \'Stress\' belajar, calon SPM tergamak tikam ibu, abang kandung
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...