Khamis, 11 Jun 2026

Cawangan pertama 99 Speedmart dibuka di Fuzhou

KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar mini terkenal, 99 Speedmart kini mengorak langkah ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan cawangan pertamanya di luar negara, bertempat di Fuzhou, Wilayah Fujian, China pada 31 Ogos lalu.

Cawangan berkenaan merupakan prototaip awal bagi menilai potensi pasaran sebelum pelan peluasan dijalankan secara berfasa di sekitar bandar Fuzhou.

Perkara itu disahkan oleh 99 Speedmart Mart Retail Holdings Bhd menerusi pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, sekali gus mengesahkan laporan media tempatan berhubung usaha pengembangan syarikat ke pasaran luar.

Menurut syarikat itu, pembukaan kedai tersebut tidak dijangka memberi kesan besar terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Langkah ini menandakan permulaan baru buat 99 Speedmart dalam meneroka peluang pertumbuhan di peringkat global selepas berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan hampir 3 ribu cawangan di seluruh Malaysia.

Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com