Mahkamah perintah pasangan suami isteri padam hantaran fitnah terhadap Fattah Amin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pasangan suami isteri menurunkan semua hantaran di media sosial Threads yang didakwa berunsur fitnah terhadap pelakon popular, Fattah Amin berhubung isu penceraiannya.

Pasangan terbabit ialah Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suaminya, Mohd. Hafizzuddin Hamri, masing-masing berusia 29 tahun, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Peguam yang mewakili Fattah, Mohd. Faiz Iskandar Hamzah berkata, Hakim Datuk Anand Ponnudurai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan injunksi ad-interim (sementara) secara ex-parte yang difailkan plaintif.

“Hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi ex-parte yang difailkan oleh plaintif (Fattah) terhadap defendan-defendan. Mahkamah telah membenarkan permohonan itu dan mengarahkan semua hantaran berkenaan diturunkan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding dalam kamar.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan defendan-defendan atau wakil mereka dihalang daripada menerbitkan sebarang kenyataan berhubung plaintif, khususnya dakwaan kononnya Fattah berlaku curang. Tarikh pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 25 September ini.

Terdahulu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 36, memfailkan saman pada 26 Ogos lalu dengan menamakan Nuraien Adilla yang merupakan pempengaruh media sosial serta suaminya sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Fattah mendakwa kedua-dua defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah di akaun Threads masing-masing pada 29 Julai dan 22 Ogos lalu yang kemudiannya disebarkan secara meluas di portal hiburan serta menimbulkan pelbagai reaksi negatif masyarakat terhadapnya.

“Defendan-defendan secara bersama menerbitkan kenyataan tanpa pengesahan, dengan tujuan mencemar nama baik, menjatuhkan reputasi serta memalukan saya di mata masyarakat umum dan dalam bidang profesional. Tindakan mereka telah menyebabkan saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban,” katanya dalam dokumen saman tersebut.

Sehubungan itu, Fattah memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan atau menyebarkan kenyataan berunsur fitnah, selain menuntut kedua-duanya membuat permohonan maaf secara bertulis di akaun Threads dan media sosial lain yang mereka kawal.

BACA JUGA:  IPP perkukuh komitmen pemuliharaan marin sempena Hari Bumi 2025

Fattah turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan berjumlah RM5 juta.

Sebelum ini, media melaporkan Fattah bersama pasukan pengurusannya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkannya dengan dakwaan curang kononnya menjadi punca perceraian.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...