Ribut petir, hujan lebat landa 11 negeri malam ini – METMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan negeri yang terjejas termasuk Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Antara kawasan dijangka terjejas ialah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, hampir keseluruhan negeri Terengganu termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun turut terlibat, manakala di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu dan Jempol.

Di Sarawak, kawasan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang turut menerima amaran sama. Manakala di Sabah, kawasan terlibat termasuk Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Labuan.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang serta gangguan aktiviti harian berikutan keadaan cuaca tidak menentu ini.

BACA JUGA:  Suhu panas cecah 37 selsius di beberapa negeri
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...