Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam yang curiga dengan gelagat pasangan terbabit pada lewat malam.
“Penduduk yang membuat pemeriksaan mendapati pasangan itu berada di dalam tandas surau dalam keadaan separuh bogel sebelum memaklumkan kepada pengerusi surau dan penguat kuasa agama,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja lelaki berasal dari Sungai Kob bekerja sebagai peniaga nasi lemak dan mengaku masih bujang, manakala remaja perempuan berusia 15 tahun berasal dari Changlun serta tidak lagi bersekolah dan tinggal bersama ibu saudaranya di Sungai Ular.
“Mereka mengaku bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram,” katanya.
Kedua-dua remaja terbabit kini telah ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa agama. – MYBERITA









