Azeem Fahmi pilih Universiti Malaya untuk pengajian ‘master’

Azeem Fahmi pilih Universiti Malaya untuk pengajian 'master'
Perkembangan itu memberi gambaran jelas mengenai perancangan masa depan atlet berusia 22 tahun berkenaan apabila beliau mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, hari ini.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Selepas mengharumkan nama negara di trek olahraga dan menamatkan pengajian di Amerika Syarikat, pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi kini dilihat semakin hampir untuk memulakan satu lagi fasa penting dalam kehidupannya apabila dijangka menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya (UM).

Perkembangan itu memberi gambaran jelas mengenai perancangan masa depan atlet berusia 22 tahun berkenaan apabila beliau mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dekan Fakulti Sukan dan Sains Eksesais UM, Profesor Madya Dr Zulkarnain Jaafar serta Pengarah Pusat Sukan UM, Afizal Abu Othman.

ARTIKEL BERKAITAN