Threads mula papar iklan kepada pengguna di Malaysia

KUALA LUMPUR – Threads, salah satu platform media sosial milik Meta yang beroperasi di bawah Instagram, kini mula memperluaskan paparan pengiklanan kepada pengguna di Malaysia.

Langkah ini hadir selepas ujian ciri berkenaan dilakukan di beberapa negara lain sebelum ini, sekali gus mengesahkan Malaysia sebagai antara pasaran terbaharu yang menerima kemas kini tersebut.

Setakat ini, iklan yang dipaparkan muncul dalam bentuk seakan hantaran biasa di garis masa, namun dilabelkan jelas sebagai “Iklan”. Berbanding platform lain seperti X, paparan iklan di Threads dilihat tidak terlalu mengganggu pengalaman pengguna kerana ia masih berada pada peringkat awal pelaksanaan.

Menurut pemerhatian, iklan yang dimuat naik melalui Threads menggunakan sistem pengiklanan sedia ada Meta, membolehkan pengiklan meletakkan kempen secara rentas platform, termasuk di Facebook dan Instagram.

Walaupun jumlah iklan yang ditayangkan masih terhad, perkembangan ini dijangka akan terus meningkat secara berperingkat.

Bagi pengguna tempatan yang aktif di Threads, persoalan kini timbul sama ada anda sudah mula melihat iklan-iklan pertama yang memasuki garis masa anda.

BACA JUGA:  Ramai berteka-teki, Mek Yun akhirnya 'reveal' lelaki misteri dalam video
Syafiq Shamsul
Syafiq Shamsul
syafiq@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...