Rabu | 28/10/2026 | 11:13 pm
HomeNasionalPM arah menteri fokus kerja dalam negara, hentikan lawatan luar serta-merta

PM arah menteri fokus kerja dalam negara, hentikan lawatan luar serta-merta

-

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara, berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, arahan berkenaan bagaimanapun dikecualikan bagi mesyuarat antarabangsa yang telah dijadualkan atau perkara khusus yang menerima kelulusan Jemaah Menteri.

“Ini bertujuan memastikan menteri-menteri memberi fokus sepenuhnya terhadap pelaksanaan beberapa program utama kerajaan, selain persiapan menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

“Arahan ini juga selaras dengan persiapan negara menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Must Read

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

0
IPOH - Selepas hampir tiga tahun menanti keputusan mahkamah, keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akhirnya menyaksikan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun itu.