Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, arahan berkenaan bagaimanapun dikecualikan bagi mesyuarat antarabangsa yang telah dijadualkan atau perkara khusus yang menerima kelulusan Jemaah Menteri.
“Ini bertujuan memastikan menteri-menteri memberi fokus sepenuhnya terhadap pelaksanaan beberapa program utama kerajaan, selain persiapan menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.
“Arahan ini juga selaras dengan persiapan negara menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, hari ini. – MYBERITA








