“Kami okay saja”, Erysha Emyra ulas isu ‘unfollow’, bermasam muka dengan Qasrina Karim

PUTRAJAYA – Pelakon, Erysha Emyra memberitahu tidak mahu memperbesarkan sebarang spekulasi mengenai dakwaan wujud perselisihan faham antara dirinya dengan pelakon, Qasrina Karim.

Menurut Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, hubungan mereka masih baik dan isu yang diperkatakan hanyalah salah faham kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tiada nak komen banyak sebab perkara itu agak peribadi untuk saya kongsikan secara terbuka. Hubungan kami okay saja, tiada bermasam muka. Sebelum ini pun kami pernah berjumpa di majlis dan saling berhubung,” katanya ketika ditemui di majlis Watch Party drama Rumah Tanpa Luka di Putrajaya, pada Khamis.

Tambah Erysha, sebagai rakan industri, dia tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan Qasrina dalam mana-mana projek seni pada masa hadapan.

“Saya tiada masalah, okay saja. Saya rasa ramai pernah melalui situasi begitu, cuma dalam kes kami, ia jadi perhatian kerana kami dikenali. Apa pun, kami baik-baik sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang utama Rumah Tanpa Luka itu juga menekankan bahawa beliau lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan perkembangan seni berbanding melayan gosip yang boleh mencalarkan hubungan persahabatan.

Sebelum ini, wujud tanda tanya dalam kalangan peminat selepas tular dakwaan hubungan akrab antara dua pelakon itu mula retak susulan tindakan mereka saling berhenti mengikuti (unfollow) di Instagram.

Bagaimanapun, Erysha menjelaskan perkara berkenaan tidak menjejaskan kerjasama dan menyifatkannya sekadar salah faham yang tidak perlu diperbesarkan.

BACA JUGA:  Editor video Astro Awani maut, motosikal terbabas di NKVE
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...