Insiden kejar Myvi, sembilan remaja ditahan sekitar Puchong

PUCHONG – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Puchong awal pagi kelmarin akhirnya memakan diri apabila sembilan remaja ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam insiden buli jalan raya itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 21 tahun diberkas dalam serbuan di sekitar Puchong dan Shah Alam, awal pagi tadi.

“Turut dirampas tiga motosikal yang digunakan semasa kejadian. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi permohonan reman,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, polis memandang serius isu buli jalan raya kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan mangsa, malah berpotensi mencetuskan kemalangan maut kepada pengguna jalan raya lain.

“Kes seumpama ini semakin membimbangkan kerana ada pihak yang sanggup mempertaruhkan nyawa di jalan raya hanya untuk menunjuk berani atau membalas dendam. Kita tidak akan berkompromi,” jelasnya.

Semalam, MYBERITA melaporkan kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa rakaman video menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal bertindak agresif mengejar sebuah kereta Myvi di Batu 13, berhampiran Plaza Tol Puchong.

Menurut Muhamad Farid, pengadu iaitu pemandu Myvi berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membuat laporan polis kira-kira pukul 4 pagi, sejurus selepas kejadian.

Polis menasihatkan orang ramai agar segera membuat laporan sekiranya berdepan situasi sama dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan diri.

BACA JUGA:  Hannah Yeoh rayu Pearly-Thinaah kekal bersama BAM
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...