Pemandu Range Rover Velar tular ditahan polis, positif tiga jenis dadah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 32 tahun yang tular di media sosial kerana memandu sebuah utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar dalam keadaan berbahaya didapati positif tiga jenis dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa, berkata suspek hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Ujian ‘evidential breath analyzer’ (EBA) menunjukkan bacaan 0mg/100ml, namun ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut positif ketamin, amphetamine dan methamphetamine. Suspek kini ditahan di IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berhubung dua penumpang yang berada dalam SUV itu, beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan.

Terdahulu, polis menerima laporan mengenai video tular berdurasi satu minit yang memaparkan SUV tersebut dipandu dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas di ibu negara. Video itu menunjukkan tayar belakang kanan kenderaan berkenaan pecah semasa pemanduan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8 pagi. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

BACA JUGA:  Khairul Azhar meninggal dunia pada usia 70 tahun
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...