Ismail Iskandar juara Gegar Vaganza musim Ke-12

SHAH ALAM – Penyanyi asal Singapura, Ismail Iskandar, mencipta kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) dalam konsert akhir yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Ismail membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi, sekali gus menewaskan saingan sengit daripada finalis lain yang turut mempamerkan persembahan bertenaga dan berkualiti tinggi.

Tempat naib juara menjadi milik peserta dari Indonesia, kumpulan Mendua, yang berjaya meraih RM50,000 berserta trofi. Sementara itu, peserta paling sensasi musim ini, Nubhan, menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM30,000 berserta trofi.

Kedudukan keempat dan kelima pula masing-masing disandang oleh Mark Adam dan Mell Sakura, dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000 berserta trofi. Peserta Indonesia, Ruri Republik, terpaksa berpuas hati di tempat keenam dengan hadiah RM10,000 berserta trofi.

Pada pusingan solo, Ismail memukau penonton dan juri menerusi lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain. Persembahan tersebut menerima pujian tinggi daripada juri tetap, Datuk Ramli MS, yang menyifatkan vokal Ismail sebagai luar biasa.

“Nyanyian dia terlalu tinggi. Waktu raptai tak macam ni. Well done. Konsep persembahan sangat bagus, muzik dan nyanyian. Saya bagi kamu air sebab takut kamu pengsan,” katanya berseloroh.

Juri jemputan, Hetty Koes Endang, turut memuji kebijaksanaan Ismail dalam mengawal persembahan serta menggesanya agar segera tampil dengan album atau karya baharu.

Selain persembahan solo, Ismail turut menyerlah dalam pusingan duet bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Senja Nan Merah, yang dianggap antara persembahan terbaik malam kemuncak. Gandingan Ismail bersama Nubhan dan Mell Sakura dalam pusingan ‘battle’ menerusi lagu Cerita Kedai Kopi dan Pink Venom pula berjaya menceriakan suasana dan menghiburkan penonton.

BACA JUGA:  Letupan gegar Asia Barat, Iran dakwa serang kemudahan tentera AS

Dalam ucapan penuh emosi selepas ditabalkan sebagai juara, Ismail meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sertai GV12. Juga kepada pihak pengurusan saya, Mind Order, yang membawa saya ke sini. Terima kasih kepada keluarga yang tersayang. Kalau arwah ayah saya masih ada, mesti dia gembira,” katanya.

Konsert akhir GV12 diadili oleh barisan juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS, bersama Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, sekali gus melabuhkan tirai musim ke-12 program realiti nyanyian popular itu dengan penuh gemilang.

Muqri Hafidz
Muqri Hafidz
muqri@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...